bismillah Pictures, Images and Photos

Wednesday, October 12, 2011

The Ups & Downs

The Ups 1
Dua hari sudah, rasa happy sebab dapat tukar jadual mengajar dengan another lecturer. Dia terpaksa balik negara dia atas sebab-sebab emergency. Jadinya, saya akan mengajar dalam bulan Oktober, dan dia ambil alih jadual saya bulan Disember. Maknanya, saya boleh rancang percutian bersama anak-anak.

The Downs 1
Rancangan untuk membawa anak-anak ke satu tempat yang menarik pada bulan 12, terpaksa diubah-suai. Walaupun rancangan masih lagi dalam peringkat awal dan belum diumumkan kepada anak-anak, tetapi setelah disurvey sana sini, memang tidak ada jalan untuk meneruskan rancangan tersebut. Jadi, terpaksa ditundakan atau, tukar terus.

The Ups 2
Meeting ISO yang diwar-warkan akan diadakan pada 16 Oktober, telah ditangguhkan ke satu masa yang tidak tahu bila. Yes!! Suka hati saya, sebab saya dapat menghadiri simposium Hospital Mesra Ibadah sepenuh masa pada 16&17hb ni.

The Downs 2
Lecture notes masih belum siap. Persiapan untuk kelas praktikal juga nampak seperti tidak terurus. Oh no!!

The Ups 3
Minggu ini saja, sudah ada 2 tambahan umat Nabi Muhammad. 91011 lahirlah anak ketiga salah sorang pelajar Master dalam Jabatan kami. 111011 lahirlah anak keempat adik saya yang no 3. Alhamdulillah.

The Downs 3
Bila agak-agaknya, saya nak dapat surat tawaran berpencen atau berKWSP, kalau betullah saya ni dah disahkan jawatan.


TheUps&Downs
Mood saya minggu ni seperti yoyo. Kejap rasa happy, kejap rasa sedih.
Itulah, kehidupan.
Semuanya adalah niqmat yang Allah kurniakan dan menguji keimanan saya.
Bersabarlah.
Sesungguhnya, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik.

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ini"







No comments: