Hal ini terjadi pada saya hari ini.
Pagi ini, seusai sarapan pagi (CikAbe yang memasaknya, sebab saya melipat kain sambil mendengarkan ceramah dari Ustaz Zahazan di TV9 'Tanyalah Ustaz'), kami bersiap-siap untuk ke KB town center. Elok kami ready, hujan turun dengan agak lebat. Maklumlah, sekarang ini, 'musim sejuk' sudah melanda negeri Kelantan ini.
Jadinya, rancangan awal untuk ke Pasar Siti Khadijah dilencongkan ke KB Mall, sebab di situ ada pameran IT. Hajat di hati nak membeli laser printer color untuk kegunaan saya di pejabat. Setelah pusing-pusing di gerai-gerai IT, kami ke tingkat atas, sebab sudah berjanji dengan anak-anak untuk ke kedai buku. Sebelum ke situ, sempat saya menyinggah di SenQ untuk mencuci mata melihat washing machine & dryer (dua-dua alat ini sedang 'buat' perangai di rumah). Sambil ronda-ronda, terlihat di phone, ada missed call dari bonda. Saya pun call semula. Ooo, rupa-rupanya, mama ingin memesan ketupat, & menyuruh saya order dari seorang makcik tukang urut ni (makcik ni yang mengurut saya semasa pantang tahun lepas, dan juga dikenali sebagai 'Astro bergerak'-biasa la, tukang urut banyak bercerita [kata mama saya la]. Bila, mama minta saya tolong order ketupat ni dari makcik tu, terlintas di hati saya "alahaiii, nak kena call makcik ni plak...saya dah la tak berapa suka nak call dia...."; sampai saya boleh tercakap kat mama, "Mama call la dia sendiri", tapi jawapan usual la, "takde phone number"(alasan yang saya bagi bila ada HO atau MO yang sedang mencari kawan-kawan MO atau boss di jabatan...hehe). Lepas itu, Mama juga menambah pesanan, nak sedikit serunding daging. Yang ni, saya tak kisah; tapi bab nak call makcik tu, yang saya liat sket. Tapi, untuk Mama, saya akan atasi perasaan malas nak call itu.
Selepas tu, kami ke kedai buku/alat tulis bernama Syarikat Muda Osman (SMO). Memang, kami sekeluarga ni, agak 'gila'kan buku. Saya pun membeli 3 buah buku agama, 1 muqaddam Nabilah, kalendar Hijrah dan 'pensil picit' (kalau zaman saya dulu, menggunakan term 'pencil mechanical') untuk Darwish & Nabilah. Di sebabkan mood saya ada swing sikit hari ni, anak-anak asyik kena bebel je. Cian deme. Keluar dari kedai, CikAbe ada masalah perut pula. So, saya terpaksa mendukung Athirah (dia ni eksyen, tak nak duduk dalam stroller, nak berjalan sendiri!), sebab lengan kiri yang dominan bila pegang baby (walaupun sekarang ni dah masuk 3-4 minggu sakit), tetap saya pegang dia sebelah kiri. Jadinya, plastik berisi buku, saya serahkan pada Nabilah untuk pegang.
Sambil, berjalan-jalan untuk turun semula ke Ground Floor, saya sempat la, mencuci mata, tengok baju2 kurung sambil-sambil memerhati dari jauh, anak-anak bermain di kedai bag, lepas tu di SenQ semula (dorang tengok TV 3D). Last destinasi, kami ke PH untuk lunch. Sementara menunggu order siap, CikAbe pergi beli printer. Masa itu lah, saya baru teringatkan plastik buku itu. "Nabilah, mana plastik buku?". Dengan muka selambanya, dia jawab "Tak tahu". Argghhhh....darah terus naik ke kepala. Saya terus keluar dan reverse jalan yang kami lalui sebelum tu. 2 buah kedai saya tanya, kut-kut ada Nabilah tertinggal plastik tu; semua kata takde. Sambil berjalan semula ke kedai makan, saya cuba tenangkan diri dan beristighfar. "Ya Allah, kiranya ia masih rezeki kami, temukanlah kami dengan buku-buku itu semula. Jika tidak, aku redha".
Selepas makan, kami ulang balik jalan yang kami lalui sebelum ke kedai makan, termasuklah naik semula ke tingkat 2 di kawasan ATM, kut-kut ada. Kemudian berpatah balik ke SMO, dengan harapan, ada orang terjumpa, dan memulangkannya ke kedai itu. Semuanya tidak ada. Masa inilah, saya terpikir, ini la kut, balasan Allah, sebab saya macam tak syiok je tadi bila Mama minta orderkan ketupat. Padahal, Mama saya sangat look forward untuk Raya Haji ini sebab kami sekeluarga akan balik ke KL, adik di Dungun juga akan balik. Dengan kata lain, anak-anak Mama akan berkumpul di hari raya ini. Ibu mana yang tidak happy. "Ya Allah, ampunkan daku".
Usai solat Jumaat, saya mengajak CikAbe keluar semula ke KB, untuk meneruskan projek terbengkalai. Tambahan hujan sudah mula reda. Kali ini, kami ke Pasar Siti Khadijah. Beli serunding daging yang mama pesan. Beli jeruk bawang putih yang juga Mama pesan. Dan, 2 kampit /guni beras Siam 9kg, satu untuk Mama (memang jadi kebiasaan saya bawa balik beras Siam untuk Mama kalau kami travel by car). Lega. Satu tugasan sudah selesai.
Kemudian, dek tak puas hati dengan kehilangan buku-buku tadi, saya 'mengheret' CikAbe dan anak-anak ke SMO yang bertentangan dengan Parkson/Pasar Siti Khadijah. 4 buah buku tadi saya beli semula. Baru tenang sikit!Haha
Lepas itu, shopping di Giant seketika (nak gunakan voucher RM50). Dan juga menjengah ke Parkson untuk membeli hadiah kawin. Sampai di rumah, sebelum solat Asar, saya menelefon makcik tukang urut, buat appointment dengan dia untuk urut lengan kiri saya dan juga meng-order ketupat yang Mama pesan.
Moral hari ini: Janganlah mengengkari permintaan ibu, walaupun hanya dengan lintasan di hati, Allah Maha Mengetahui.
"Ya Rabb, ampunilah dosa-dosa ku, sesungguhnya aku hambaMu yang jahil dan sering terlupa"
No comments:
Post a Comment