bismillah Pictures, Images and Photos

Friday, September 30, 2011

Manis....

Alhamdulillah.....

Sebentar tadi dapat menghadiri majlis ilmu di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Antara mutiara kata yang menarik dalam pengajian tadi:

"rasakanlah sejuk maafMu dan manis keampunanMu"


"Ya Allah...
Aku mohon keampunan dariMu...aku hambaMu yang jahil dan sering lupa.....
Istiqamahkanlah kami....."


(Berbekalkan biskut 'Chipsmore' & air, Athirah berjaya dijinakkan semasa di masjid. Dan juga, dapat dikongsi niqmat biskut ini bersama 2 anak kecil yang lain. Terasa seronok bila hambaMu ini dapat menghiburkan hati-hati insan lain di rumahMu)


"Nikmat Allah yang mana satukah mahu didustakan" (Ar Rahman)

Thursday, September 29, 2011

16 bulan berlalu

Syukur Alhamdulillah....

Entry terakhir dalam faezhussain.blogspot.com adalah bebelan saya semasa dalam pantang sekitar Jun 2010. Kini sudah hampir 16 bulan berlalu. Maknanya, Nur Athirah Humayraa juga telah berusia hampir 16 bulan.

Selepas tamat 'cuti' berpantang, saya terlalu sibuk menyiapkan dissertation master saya. Terkejar-kejar dengan lab-work (walaupun bukan saya yang buatnya 100%) dan menulis. Alhamdulillah, semuanya dapat saya siapkan sebelum tempoh tamat (walaupun ianya cuma awal 2 hari dari tarikh akhir 30 November 2010).

Disember 2010, banyak masa dihabiskan di Kuala Lumpur. Attachment di UM dan di HKL memberi satu semangat baru selepas penat menyiapkan disertasi. Kami berlima, pelajar tahun akhir telah bersama-sama mengulang-kaji sebagai persediaan untuk peperiksaan akhir Mei 2011.

Januari 2011, disambut dengan kehilangan ahli keluarga terdekat sebelah suami saya. Kebetulan, pada 1 Januari 2011, kami berada di Kuala Kangsar. Arwah aunty, adalah adik angkat ibu mertua saya. Perginya dalam umur yang agak muda. Dan, juga Januari 2011, sebulan itu saya gunakan untuk attachment forensik di Hospital Pulau Pinang. Selama 2 bulan ini, Athirah tetap bersama saya (ada pengasuh yang jaga semasa di Pulau Mutiara).

Februari-April 2011, penuh dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Memang saya semasa bulan-bulan ini, 'tidak melihat' kiri dan kanan. Hinggakan anak-anak complaint, "Mummy ni, hari minggu pun ke office". Terima kasih pada suami saya yang sudi menjaga anak-anak dan makan-minum saya semasa saya sibuk itu.

Mei 2011, bulan yang mendebarkan. Peperiksaan akhir yang bertempat di UM. Bermula 9hb dengan post-mortem. Ada seramai 15 candidates, 5 dari setiap universiti (UM,USM dan UKM). Untuk peperiksaan post-mortem dan grossing, kami dikehendaki membuat cabutan undi. Saya adalah candidate ke 11. Hari pertama, seramai 6 candidates telah dipanggil untuk exam ini (setiap pelajar akan membuat satu kes post mortem, di mana-mana saja hospital di Lembah Klang yang ada kes). Hari kedua, saya menanti dengan penuh debar. Hingga jam 12 tengahhari, tidak ada panggilan dari Professor yang terlibat dalam exam. Kira-kira jam 12.18 atau 12.48 saya dah lupa, panggilan yang ditunggu-tunggu tiba. Adrenalin saya terus membuak-buak. Hinggakan, makan tengahari pun saya rasa seperti tiada kunyahan pun. Saya memaksa diri saya makan semata-mata untuk memastikan saya bertenaga untuk exam yang mengambil masa kurang-kurangnya 3 jam. Jam 245 saya start kes post mortem di HKL, jam 7 petang barulah segalanya selesai (termasuk sessi soal-jawab dengan examiners). Terkejar-kejar mengerjakan solat asar. Selepas solat Maghrib, baru saya bergerak balik ke PJ. Keluar aje dari Jabatan Forensik HKL, MasyaAllah, cantiknya KLCC dari situ. Umpama berlian yang berkilau-kilauan. Saya letih yang amat.
Minggu kedua peperiksaan, dipenuhi dengan 2 paper theory dan 2 set slides practical (1 set ada 20 kes, dan set 2 ada 23 kes). Kertas theori walaupun 3 jam, ok, sebab hanya berfikir dan menulis. Praktikal yang setiapnya 3 jam, dengan melihat mikroskop, berfikir dan menulis, saya rasa seperti berpinar-pinar mata saya selepas exam.
Minggu ketiga, satu bahagian praktikal lagi, iaitu, cara-cara mengambil sample tissue dari organ yang telah dibuang dalam surgeri. Kali ini, diperhatikan oleh pemeriksa luar dari Scotland. Berpeluhnya, Allah saja yang tahu. Bahagian akhir, ialah viva. Saya rasa, saya di-viva tak sampai 5 minit pun. Terlalu sekejap masa berlalu, hinggakan saya rasa, nervous saya pun masih belum hilang bila disuruh keluar. "Mmmm, luluskah aku???"
Petang selepas viva, pensyarah kami telah memaklumkan kepada kami, hanya 3 yang lulus dan 2 lagi kawan kami kecundang, dan terpaksa mengulangi bahagian praktikal dalam 6 bulan. Sedihnya tak terkata, apabila harapan untuk melihat semua kami lulus berkecai. Tapi, kami semua redha. Dan, Alhamdulillah, Allah bagi saya lulus.

Jun 2011, saya membawa keluarga bercuti di Port Dickson dan Melaka. Menghilang penat saya exam, dan juga mengubat hati anak-anak yang sering saya tinggalkan semasa sibuk mengulang kaji.

Bermulalah episod baru dalam kehidupan saya yang singkat ini, saya sebagai pakar patologi dan pensyarah.

Mampukah saya??

"Ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan...."



Dunia baru

Assalamualaikum,

Lama sudah dunia blog ini ditinggalkan, kerana terlalu sibuk dengan pengajian.
Alhamdulillah, sekarang ijazah Master sudah dalam genggaman.

Terlintas pula, untuk kembali berblog kerana teruja dengan blog-blog ilmiah dari ustaz-ustaz dan professor-professor. Tambahan, pula, Facebook update hanyalah untuk sepatah dua ayat. Rasa seperti, lebih enak berbicara di dalam blog, walaupun tidak seberapa.

Moga akan istiqamah...


Faez